Mati Sebab Main Game...
BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia
selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana
asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing,
lapor media kerajaan semalam.
Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi
ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.
Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke
klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau
kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.
“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa
bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan
komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.
“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian
penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak
menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer
itu,” tambahnya.
Berita ni aku ambik dari blog mana ntah, tapi rasanya bleh dikongsikan bersama. Bagi gamers-gamers kat luar tu.. huhu.. yang menulis ni pun sama... hehe... kenelah limit-limit kan main game.
No comments:
Post a Comment