Friday 2 October 2015

Elune Saga - Guild Battle Card

Guild Battle Card

Earth Card


Fire Card


Wind Card


Water Card



3* Earth Card


3* Fire Card


3* Water Card


3* Wind Card




Sunday 12 February 2012

Where To Hunt The Death Set Equipment.

Dalam Pirate King Online Version 2.0, map baru yang wujud memberikan beberapa kelebihan kepada semua player level 85 ke atas. Dalam level ini, korang boleh ambik quest yang bermula di Argent City. Nama quest ni ialah Winter Quest, bila kita hampir menyelesaikan quest ni, kita akan dibenarkan masuk ke 2 maze yang ada di Winter Island, iaitu Aurora dan Dark Area. Kedua-dua portal Aurora dan Dark Area hanya dibuka sekali dalam sehari iaitu pada pukul 9.00 pagi -1.00 tengah hari untuk Aurora, dan portal Dark Area pula dibuka pada pukul 7.00 malam hingga 11.00 malam, (GMT +8), server Singapura.

Berikut aku senaraikan hampir semua Death Set yang didropkan oleh semua mob yang ada di Aurora dan Dark Area, tujuannya bagi memudahkan korang farming equipment-equipment yang korang perlukan.Gambar mob yang dropkan equipment tu aku tak dapat nak sertakan atas alasan, aku tak nak copy gambar tu dari mana-mana website yang berkaitan dengan PKO. Bagi yang dah high level dan pro dalam PKO, rasanya takde masalah untuk faming death set equipment hanya dengan merujuk pada nama mop yang ada. Aku susun equipment tersebut mengikut mob yang ada di kedua-dua maze tu supaya senang korang nak farming sesuatu death set mengikut character apa yang korang suka.

Mystic Black Devious Angel 
Level : 110, Location : Dark Area 2
Darkness's Trace
-    Crusader Boots   
Styx's Wanderer
-    Seal Master Boots


Sleepless Demon
Level : 110, Location : Dark Area 1 
Putrescence Bone of Abyss
-    Cleric Staff (Off Type)   

Abyss's Trail
-    Cleric Boots


Arctic Spirit
Level : 109, Location : Aurora Area 1

Abaddon's Seal
-    Sharpshooter Torso    

Darkness Emissary
-    Crusader Sword (Off Type)


Icy Soul
Level : 106, Location :  Aurora Area 2

Asura's Caress
-    Voyager Gloves    

Hardin's Bind
-    Champion Torso


Bloodwing Angel
Level : 105, Location : Dark Area 2

Hardin's Touch
-    Champion Gloves    

Hand's of Death
-    Cleric Gloves


Evil Icy Dragon
Level : 104, Location : Dark Area 2    

Vow of Styx
-    Seal Master Staff  (Def Type)

Styx's Torso
-    Seal Master Torso


Lifeblood Battle
Level : 103, Location : Dark Area 2   

Darkness's Shadow
-    Crusader Torso    

Styx's Span
-    Seal Master Gloves


Swift Snow Leopard
Level : 102, Location : Aurora Area 1

Darkness's Touch
-    Crusader Gloves     

Abaddon's Hand
-    Sharpshooter Gloves


Big Frost Chimera
Level : 100, Location : Aurora Area 1

Tears of Hardin
-    Champion Greatsword (Off Type)

Abaddon's Brace
-    Sharpshooter Boots


Spirit Killer
Level : 96, Location :  Dark Area 1    

Abyss's Possession
-    Cleric Torso    

Kiss of Death
-    Sharpshooter Bow (Def Type)


Crimson Golem
Level : 94, Location : Aurora Area 2

Penitent of Asura
-    Voyager Dagger (Off Type)

Asura's Protection
-    Voyager Torso


Evil Stone Dragon
Level : 92, Location : Aurora Area 2 

Abaddon Vanquisher
-    Sharpshooter Gun (Def Type)     
Asura's Dance
-    Voyager Boots


Cuma ada satu je equipment yang aku tak pasti mana nak cari, iaitu Champion Boots, namanya Hardins Print. Aku dah try tanya guildmate aku kat PKO, diaorang pun tak pasti. So, kalau korang ada info dari mana-mana bleh lah bagitau aku mana nak farming benda tu. Apapun, Good Luck untuk korang masa farm Death Set equipment ni, sebab sekarang susah nak hunt, takde lagi daily drop rate, tambah-tambah % drop rate untutk Death Set equipment hanya 0.01% je. Huhu... sakit mata nak hunt benda ni.




Thursday 9 February 2012

ANNO1777 - Guide for Newbie Part II

Dalam Newbie Guide aku yang lepas, aku ada bagitau 3 cara untuk dapatkan duit bagi player-player yang baru main, skang ni aku akan ajar bagaimana cara untuk mendapatkan lebih banyak duit. Jika kita sudah mempunyai Gold dan Euro, kita boleh buka perniagaan seperti perniagaan Majalah, Restaurant, Produk berasaskan kayu, minuman, buah-buahan dan banyak lagi. Untuk buka perniagaan, klik button My Companies dan klik mama-mana perniagaan yang kita mahu dan kita akan dikenakan bayaran dalam Euro. Paling murah perniagaan Magazine, 2 Euro huhu... aku pun takde lagi duit Euro. Paling mahal 10 Euro, perniagaan berasaskan wine, kayu, besi dan macam-macam lagi.





Cara lain untuk dapatkan duit, ialah dengan membeli share dari syarikat orang lain. Cara nak beli share, pertama sekali pergi ke button Goods (No.1), kemudian akan keluar senarai product dan klik pada gambarnya (No.2). Semua maklumat mengenai syarikat tu akan terpapar dan kemudian klik pada button Financial Data (No.3). Seterusnya korang akan dapati semua senarai owner dan bilangan shared yang di jual.













Kalau korang nak beli share, korang perhatikan jalur Selling quantity, itu adalah bilangan share yang dijual, dan ia dijual dalam Gold. Korang masukan kuantiti share yang korang nak (No.4), dan tekan button Buy. Selesai proses membeli share.
Kita akan dapat dividen apabila owner syarikat tu keluarkan duit syarikatnya. Keuntungan yang kita dapat adalah berdasarkan share yang kita beli. Bila nak semak duit yang kita dapat setiap hari, klik je pada icon New Income, system akan alert kita melalui icon tu. Ok, ini cara lain untuk dapat duit bagi mereka yang dah pro dalam game ni, kerana mereka dah ada Gold dan Euro. Seterusnya, aku berikan link-link website dan blog-blog yang  kita boleh jadikan rujukan semasa main game ni. Good Luck untuk korang semua. Selamat Mencuba!!!

http://annotutorials.ucoz.com
http://annomalaysia.lefora.com
http://www.malaysiangamer.com


Wednesday 8 February 2012

ANNO1777

Main Game Dapat Duit. (Newbie Guide)

Korang semua mesti tak percaya dengan main game kita boleh dapat duit. Sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan duit bila kita bermain game. Antaranya kita jual equipment-equipment yang kita ada, seperti pedang, armor, kasut, account game, macam-macam lagi. Tapi kali ni, game yang aku nak kenalkan pada korang adalah game yang paling mudah untuk kita mendapatkan duit. Nama game ni ialah ANNO1777.
Publisher kepada Game ni, akan buat bayaran kepada kita melalui account internet yang kita ada seperti PayPal. Game ni tak perlu untuk kita download dan install, hanya menggunakan web browser aje. Sama macam game Monkey Quest.
Untuk pengenalan korang boleh register menggunakan link yang aku register sebelum ni.
Selepas klik link di atas, muka depan game ni akan muncul dan korang perlu klik pada icon Open Account.
Kemudian, korang kena penuhkan maklumat pada page berikutnya seperti Username, Password, Reset Password dan seterusnya. Jangan lupa juga isikan kod yang diminta dan tandakan kotak kecil term & condition tu. Last sekali klik pada open account, dan korang akan dibawa ke muka hadapan game ni.
Sebagai Newbie, ada 3 cara saja yang paling mudah untuk mendapatkan duit, iaitu bekerja, penuhkan profile dan berlawan. Permulaan game korang akan nampak sebelah kiri web akan tunjukkan empat icon di bawah, Wellness, EURO, GOLD dan MYR, MYR ialah duit yang akan kita dapat dalam Ringgit Malaysia.
Wellness yang diberi kepada kita pada permulaan game sebanyak 50%, Wellness ni sama macam HP (Health Point) dalam kebanyakan game yang biasa kita main. Wellness ni akan berkurang dari semasa ke semasa. Kita akan mulakan mencari duit dengan bekerja terlebih dahulu. Untuk bekerja kita klik di icon Jobs Market (icon yang aku labelkan no.1) dan kemudian akan keluar senarai pekerjaan yang ada di Malaysia. Korang klik pada icon Work (icon yang aku labelkan no.2). Sebaik sahaja korang klik untuk bekerja, korang tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti selama 8 jam, berlawan ke, baca majalah ke, atau pun bergerak ke luar negara, jadi masa ni lah korang boleh main game lain, main facebook ke, tengok TV ke, dan korang juga dibayar terus gaji dengan serta merta. Cuba tengok screenshoot bawah ni (No.3), korang telah terima gaji sebanyak MYR 3.6 iaitu RM3.6. Huhu... senang je dapat duit, tak ke seronok main game ni.
Seterusnya untuk cari duit lagi ialah dengan memenuhkan profile korang. Ini penting kerana, bila korang dah penuhkan profile, setiap hari korang boleh kutip bonus, walaupun untuk permulaan ni Newbie memang dapat sikit aje. 
Cara nak penuhkan profile, klik pada icon Profile & Inventory (No.4), kemudian klik lagi pada icon Profile (No.5) dan mula lengkapkan profile pada icon Profile (No.6). Korang kene penuhkan kesemua soalan yang diminta. Aku tak tahu apa tujuannya, aku isi je... hehe.. Bawah ni soalan-soalan yang diminta untuk kita penuhkan.
  1. Age, sex, location.
  2. What other browser games do you play?
  3. Where do you live at this moment (country and city)?
  4. Are you married?
  5. What are your hobbies?
  6. How do you spend your free time?
  7. How did you find out about the game and since when are you playing it?
  8. Where do you work?
  9. What kind of music do you prefer?
  10. Write a short message to the other players.
Selesai semua tu, korang kene upload gambar korang sebanyak 10 keping, tak semestinya gambar korang, letak gambar artis pun tak per, ada player tu gambar Shahrukh Khan lagi. Aku tak tau apa motifnye diaorang mintak sepuluh keping gambar kita. Ikut je la, kata nak duit kan. LOL. (Rujuk No.7). Lepas habis upload sepuluh keping gambar korang kene tunggu admin approve kedua-dua profile dengan gambar tadi. Biasanya makan masa, setengah ke satu hari macam tu la. Nak duit kene sabar bro, huhu... Bila dah approve pergi ke icon Bonus dan klik. Web akan tunjukkan 3 jenis bonus ni, Bonus Direct Slaves, Bonus Permanent Slaves dan Complete Profile Bonus. Complete Profile Bonus tu lah yang korang collect. Dua lagi bonus, Direct Slaves dan Permanent Slaves aku akan citer bawah ni, sabar ye...  
So, dah 2 cara aku ceritakan untuk newbie dapatkan duit. Sekarang ni cara ketiga ialah dengan berlawan. Berlawan ni aku tak berapa confirm, sesetengah blog yang aku baca, dan juga dari website asal game ni http://annotutorials.ucoz.com, apabila kita berlawan dan kita menang, kita akan dibayar, tapi aku dah cuba banyak kali, tak dapat duit pun, Wellness hilang banyak. Tak tau kenapa, nanti bila dah confirm kenapa, aku akan update benda ni. Ok, cara nak berlawan korang klik di icon Fight (No.8). Kemudian akan keluar list Fighter dan korang boleh pilih opponents mana yang korang nak dengan klik je icon Attack (No.9), tapi hati-hati, seelok-eloknya, cuba berlawan dengan player yang Wellness, Attack dan Defense dia kurang dari kita punya. 
Kalau korang menang korang akan dapat duit, dan player yang kalah tadi akan jadi Slaves korang. Slaves tu korang boleh jual di Slave Market dan dapat duit lagi. LOL.... Senang nye nak dapat duit. 
Lepas ni aku akan terangkan  cara-nak beli dan jual share, beli slave, dapatkan permanent slave, banyak lagi lah... korang tunggu aje ye. Aku jugak akan berikan link-link menarik, forum dan orang-orang kita yang dah berjaya mendapat ratusan ringgit daripada game ni. Ingat, game bukan sekadar permainan yang menghiburkan, malahan boleh menjana pendapatan kita secara real life, walaupun sebenarnya kita bermain di alam maya. Gud luck..dan Selamat Mencuba.





Sunday 5 February 2012

The Daedalus Project

Kajian mengenai tingkah laku player game online. Menarik ni, korang semua mana yang minat main game MMORPG tu, kat sini ada link aku sediakan. The Daedalus Project - The Psychology of MMORPGs. Main game, main gak, research mengenai game ni memang seronok kalau kita baca.
Sedikit petikan mengenai kajian MMORPG.

1) Starting: The player has just started playing the game and everything is new and exciting.
2) Ramping Up: The player has learned the basics and is now busy progressing through the content (whether leveling or crafting). They have a sense of where they want to be and are heading for that goal.
3) Mastery: The player is at the higher-end of the game and is either well-situated in a guild and doing raids, or happily soloing high level quests, or competing in PvP content.
4) Burn Out: The player feels like they’ve done everything they can do in the game, or they are beginning to feel burned out from all the raid and social obligations from their guild. They wonder where all the fun went.
5) Casual / Recovery: The player has figured out a way to play the game without burning out. They may be doing intermittent raids, logging in casually to play with friends, casually leveling alts, etc.

http://www.nickyee.com/daedalus/archives/001646.php?page=1




Saturday 4 February 2012

 Lagi Mati Pasal Main Game


TAIPEI: A Taiwanese man died while playing video games at an Internet cafe as dozens of other patrons carried on for hours afterwards apparently unaware that they were sitting near a corpse, police said Friday.

The 23-year-old checked in at the cafe in New Taipei city on Tuesday night  and was found dead but still sitting rigidly on a chair with his hands  stretched out the following night by a waitress, police said.    
The waitress last saw him talking on the phone around noon on Wednesday and  his body had apparently been sitting there for up to nine hours without any of  the 30 other people in the cafe noticing.   
An initial police investigation found he might have died of a cardiac  arrest triggered by low temperatures.   - AFP

Huhu... ramainye mati sebab main game...
Mati Sebab Main Game...


BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.
Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.
Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.
“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.
“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu,” tambahnya.

Berita ni aku ambik dari blog mana ntah, tapi rasanya bleh dikongsikan bersama. Bagi gamers-gamers kat luar tu.. huhu.. yang menulis ni pun sama... hehe...  kenelah limit-limit kan main game.