Thursday 9 February 2012

ANNO1777 - Guide for Newbie Part II

Dalam Newbie Guide aku yang lepas, aku ada bagitau 3 cara untuk dapatkan duit bagi player-player yang baru main, skang ni aku akan ajar bagaimana cara untuk mendapatkan lebih banyak duit. Jika kita sudah mempunyai Gold dan Euro, kita boleh buka perniagaan seperti perniagaan Majalah, Restaurant, Produk berasaskan kayu, minuman, buah-buahan dan banyak lagi. Untuk buka perniagaan, klik button My Companies dan klik mama-mana perniagaan yang kita mahu dan kita akan dikenakan bayaran dalam Euro. Paling murah perniagaan Magazine, 2 Euro huhu... aku pun takde lagi duit Euro. Paling mahal 10 Euro, perniagaan berasaskan wine, kayu, besi dan macam-macam lagi.





Cara lain untuk dapatkan duit, ialah dengan membeli share dari syarikat orang lain. Cara nak beli share, pertama sekali pergi ke button Goods (No.1), kemudian akan keluar senarai product dan klik pada gambarnya (No.2). Semua maklumat mengenai syarikat tu akan terpapar dan kemudian klik pada button Financial Data (No.3). Seterusnya korang akan dapati semua senarai owner dan bilangan shared yang di jual.













Kalau korang nak beli share, korang perhatikan jalur Selling quantity, itu adalah bilangan share yang dijual, dan ia dijual dalam Gold. Korang masukan kuantiti share yang korang nak (No.4), dan tekan button Buy. Selesai proses membeli share.
Kita akan dapat dividen apabila owner syarikat tu keluarkan duit syarikatnya. Keuntungan yang kita dapat adalah berdasarkan share yang kita beli. Bila nak semak duit yang kita dapat setiap hari, klik je pada icon New Income, system akan alert kita melalui icon tu. Ok, ini cara lain untuk dapat duit bagi mereka yang dah pro dalam game ni, kerana mereka dah ada Gold dan Euro. Seterusnya, aku berikan link-link website dan blog-blog yang  kita boleh jadikan rujukan semasa main game ni. Good Luck untuk korang semua. Selamat Mencuba!!!

http://annotutorials.ucoz.com
http://annomalaysia.lefora.com
http://www.malaysiangamer.com


No comments:

Post a Comment