Wednesday 8 February 2012

ANNO1777

Main Game Dapat Duit. (Newbie Guide)

Korang semua mesti tak percaya dengan main game kita boleh dapat duit. Sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan duit bila kita bermain game. Antaranya kita jual equipment-equipment yang kita ada, seperti pedang, armor, kasut, account game, macam-macam lagi. Tapi kali ni, game yang aku nak kenalkan pada korang adalah game yang paling mudah untuk kita mendapatkan duit. Nama game ni ialah ANNO1777.
Publisher kepada Game ni, akan buat bayaran kepada kita melalui account internet yang kita ada seperti PayPal. Game ni tak perlu untuk kita download dan install, hanya menggunakan web browser aje. Sama macam game Monkey Quest.
Untuk pengenalan korang boleh register menggunakan link yang aku register sebelum ni.
Selepas klik link di atas, muka depan game ni akan muncul dan korang perlu klik pada icon Open Account.
Kemudian, korang kena penuhkan maklumat pada page berikutnya seperti Username, Password, Reset Password dan seterusnya. Jangan lupa juga isikan kod yang diminta dan tandakan kotak kecil term & condition tu. Last sekali klik pada open account, dan korang akan dibawa ke muka hadapan game ni.
Sebagai Newbie, ada 3 cara saja yang paling mudah untuk mendapatkan duit, iaitu bekerja, penuhkan profile dan berlawan. Permulaan game korang akan nampak sebelah kiri web akan tunjukkan empat icon di bawah, Wellness, EURO, GOLD dan MYR, MYR ialah duit yang akan kita dapat dalam Ringgit Malaysia.
Wellness yang diberi kepada kita pada permulaan game sebanyak 50%, Wellness ni sama macam HP (Health Point) dalam kebanyakan game yang biasa kita main. Wellness ni akan berkurang dari semasa ke semasa. Kita akan mulakan mencari duit dengan bekerja terlebih dahulu. Untuk bekerja kita klik di icon Jobs Market (icon yang aku labelkan no.1) dan kemudian akan keluar senarai pekerjaan yang ada di Malaysia. Korang klik pada icon Work (icon yang aku labelkan no.2). Sebaik sahaja korang klik untuk bekerja, korang tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti selama 8 jam, berlawan ke, baca majalah ke, atau pun bergerak ke luar negara, jadi masa ni lah korang boleh main game lain, main facebook ke, tengok TV ke, dan korang juga dibayar terus gaji dengan serta merta. Cuba tengok screenshoot bawah ni (No.3), korang telah terima gaji sebanyak MYR 3.6 iaitu RM3.6. Huhu... senang je dapat duit, tak ke seronok main game ni.
Seterusnya untuk cari duit lagi ialah dengan memenuhkan profile korang. Ini penting kerana, bila korang dah penuhkan profile, setiap hari korang boleh kutip bonus, walaupun untuk permulaan ni Newbie memang dapat sikit aje. 
Cara nak penuhkan profile, klik pada icon Profile & Inventory (No.4), kemudian klik lagi pada icon Profile (No.5) dan mula lengkapkan profile pada icon Profile (No.6). Korang kene penuhkan kesemua soalan yang diminta. Aku tak tahu apa tujuannya, aku isi je... hehe.. Bawah ni soalan-soalan yang diminta untuk kita penuhkan.
  1. Age, sex, location.
  2. What other browser games do you play?
  3. Where do you live at this moment (country and city)?
  4. Are you married?
  5. What are your hobbies?
  6. How do you spend your free time?
  7. How did you find out about the game and since when are you playing it?
  8. Where do you work?
  9. What kind of music do you prefer?
  10. Write a short message to the other players.
Selesai semua tu, korang kene upload gambar korang sebanyak 10 keping, tak semestinya gambar korang, letak gambar artis pun tak per, ada player tu gambar Shahrukh Khan lagi. Aku tak tau apa motifnye diaorang mintak sepuluh keping gambar kita. Ikut je la, kata nak duit kan. LOL. (Rujuk No.7). Lepas habis upload sepuluh keping gambar korang kene tunggu admin approve kedua-dua profile dengan gambar tadi. Biasanya makan masa, setengah ke satu hari macam tu la. Nak duit kene sabar bro, huhu... Bila dah approve pergi ke icon Bonus dan klik. Web akan tunjukkan 3 jenis bonus ni, Bonus Direct Slaves, Bonus Permanent Slaves dan Complete Profile Bonus. Complete Profile Bonus tu lah yang korang collect. Dua lagi bonus, Direct Slaves dan Permanent Slaves aku akan citer bawah ni, sabar ye...  
So, dah 2 cara aku ceritakan untuk newbie dapatkan duit. Sekarang ni cara ketiga ialah dengan berlawan. Berlawan ni aku tak berapa confirm, sesetengah blog yang aku baca, dan juga dari website asal game ni http://annotutorials.ucoz.com, apabila kita berlawan dan kita menang, kita akan dibayar, tapi aku dah cuba banyak kali, tak dapat duit pun, Wellness hilang banyak. Tak tau kenapa, nanti bila dah confirm kenapa, aku akan update benda ni. Ok, cara nak berlawan korang klik di icon Fight (No.8). Kemudian akan keluar list Fighter dan korang boleh pilih opponents mana yang korang nak dengan klik je icon Attack (No.9), tapi hati-hati, seelok-eloknya, cuba berlawan dengan player yang Wellness, Attack dan Defense dia kurang dari kita punya. 
Kalau korang menang korang akan dapat duit, dan player yang kalah tadi akan jadi Slaves korang. Slaves tu korang boleh jual di Slave Market dan dapat duit lagi. LOL.... Senang nye nak dapat duit. 
Lepas ni aku akan terangkan  cara-nak beli dan jual share, beli slave, dapatkan permanent slave, banyak lagi lah... korang tunggu aje ye. Aku jugak akan berikan link-link menarik, forum dan orang-orang kita yang dah berjaya mendapat ratusan ringgit daripada game ni. Ingat, game bukan sekadar permainan yang menghiburkan, malahan boleh menjana pendapatan kita secara real life, walaupun sebenarnya kita bermain di alam maya. Gud luck..dan Selamat Mencuba.





1 comment:

  1. macam mana ye nak keluar kan duit real dari game nie ye

    ReplyDelete