Dalam game Online ni biasanya ada daily quest, biasalah Publisher mesti nak kita masuk game dia hari-hari. Daily Quest ni ada 3 level. Bawah level 64 bleh buat 3 daily quest, level 65-79 bleh buat 2 daily quest, level 80 ke atas 1 je daily quest. Kat bawah ni aku listkan cara-cara nak settlekan daily quest tu & apa reward yang kita dapat. Sebelum tu kene ambik quest dulu kat NPC Bybee kat Argent City (2202,2776)
4 Daily Quests setiap hari iaitu:
- Dark Swamp Daily Quests
- Mini Sacred War Daily Quests
- Demonic World Daily Quests
- Abaddon Daily Quests
Dark Swamp Daily Quests
Untuk settlekan quest ni kita kene pergi Dark Swamp. Kena naik kapal dari Shaitan City pergi ke portal masuk Dark Swamp dan bunuh 5 Swamp Bog. Sebagai reward NPC Bybee akan bagi kita Exp dalam % dan 1 Badge bergantung kepada level kita, kalau level rendah bawah 64 bleh dapat 10% exp, kalau 65 ke atas 3% atas 80 dapat 0.5%. Badge kita leh tukar dengan barang-barang yang kita nak kat NPC Bybee tadi.
Mini Sacred War Daily Quests
Mini Sacred War Daily Quests pulak, kita kene kill 5 jenis shrub, iaitu Purple Mystic Shrub, pergi ke Argent Teleporter, pilih Varhalla Heaven pastu masukkan coor ni (1203,2633). Blue, Red & Dry Mystic Shrub semua ada di Dream City. Cara yang sama pergi ke Argent Teleporter dan pilih destinasi ke Dream City. Jaga-jaga, Dream City tu PK map (PK mean - Player Killer).
Demonic World Daily Quests
Demonic World Daily Quest pulak kita kene pergi portal masuk Demonic World, cara yang sama dari Argent Teleporter ambik destinasi ke Thundoria Castle, pastu masukkan coor ni (909, 1072). Kill 5 Evil Snow Doll Spirit. Lepas quest settle, reward yang sama akan kita dapat mcm quest-quest yang lain.
Abaddon Daily Quests
Ini quest untuk level 80 ke atas, player yang high level dan pro equipment bleh survive untuk buat quest ni. Abaddon 4 tempat untuk settlekan quest ni, kene bunuh 5 Hell Pharaoh A. Jaga-jaga mob ni bleh stunt player dan bagi curse. Map ni pun PK map.
OK settle semua daily quest.
No comments:
Post a Comment